Saturday, July 20, 2013

Laksa Kuoh Putih



Kredit to blog Coretan dari Dapur oleh Noor Masri.



LAKSA KUOH PUTIH TRG

Bahan untuk kuah:

8 ekor @ 800g ikan selayang
2 sudu kecil lada hitam
1/2 in halia
1 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 1/2 biji kepala parut diambil santannya2 keping asam gelugursedikit garam
Cara membuat kuah:

Ikan kembung dibersihkan kemudian direbus hingga masakToskan kemudian ambil isi ikan ditumbuk hingga lumat.Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam hingga lumat.Masukkan semua bahan tumbuk serta santan dalam periuk, masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.Jerang di atas api hingga mendidih dan sebati.
Bahan untuk ulam:

Daun kesum secukupnya dimayang halus
Kacang panjang secukupnya dimayang
Kobis diracik halus
Timun dimayang
Daun kemangi - buang tangkai
Taugeh - buang ekor

Sambal belacan:

Cili kering rebus dan toskan]
Belacan] tumbuk atau mesin
Sket garam]

Nasi Minyak Ganu


Masakan emak menyambut lebaran...kredit to blog Coretan dari Dapur , Noor Masri...Kutip resepinya dulu...bila dah mencubanya akan ku uploadkan photonya.   Ini dia photonya..tapi resepi daging goreng kurma + jack fruit tu tidak termasuk dalam lauk2 untuk nasi minyak Ganu ni.  Itu hubby's creativity, guna apa yang available dalam fridge tu.  Pada kebiasaannya ada ayam masak merah. Acar nenas pulak, saya gunakan dates vinegar sebab dapur kitaorang ni diharamkan synthetic vinegar yang biasa digunakan kat Ganu tu.. tapi Ok je rasa, tak de beza pun.


Nasi Minyak Trg - Hidangan utk 5 org

Bahan-bahan:

3 cawan beras basmathi
4 1/2 cawan air - jika guna beras lembut kurangkan air atau mengikut kesesuaian beras trsbt.
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil garam
pewarna kuning
2 helai daun pandan -disimpul

Bahan utk menumis:


1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerin
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 in halia ]
3 ulas bawang merah] dimayang
1 ulas bawang putih]

Cara membuat:

Beras dicuci kemudian ditoskan
Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk. Masukkan bahan tumis
Goreng hingga naik bau/kekuningan
Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
Masukkan air dan susu
Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika
Kemudian gemburkan nasi guna garpu
Sedia dihidangkan bersama lauk pauk

Gulai Daging Bawang Goreng

Bahan-bahan:

1 kg daging lembu
2 sudu besar rempah gulai nasi minyak-kena beli kat Trg
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] kisar
1/2 in halia]
segengam bawang goreng - kena guna yg homemade klu yg kat kedai kurang wangi
1- 2 sudu besar susu manis - ikut citarasa, nak guna susu cair pun boleh tapi kena buh gula sket
1 sudu kecil sos tomato
3 ketul ubi kentang - ptong 4
sket kismis
air secukupnya

Bahan tumis

2 in kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sket minyak

Cara membuat:

Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga wangi. Masukkan bahan kisar, kacau sehingga naik bau.
Masukkan rempah, bawang goreng yg diramas2 sket, sos tomato dan susu.
Masukkan daging. Renehkan seketika.
Masukkan air secukupnya (gulai ni takleh pekat sgt). Reneh sehingga daging empuk, masukkan kentang, kismis dan garam secukup rasa
Masakkan sehingga kentang empuk. Sedia utk dihidangkan


LAKSA TERENGGANU KUAH MERAH



Resepi ini saya ambik dari blog Koleksi Masakan Terengganu Turun Temurun...Thanks for sharing. Suka sangat makan laksa ni, takkan lepaskan peluang untuk menikmatinya bila balik ke Terengganu. Simpan resepi ini untuk rujukan, manalah tau tiba-tiba ada angin nak jenguk ke dapur.. :)





LAKSA TERENGGANU (KUAH MERAH)

Bahan-bahan
1 kg laksa biasa [rebus sehingga lembut dan toskan]

Bahan Ulaman [hiris halus]
1 kuntum bunga kantan
150 gm kacang panjang
100 gm taugeh
50 gm gajus
200 gm kubis bulat
100 gm timun
50 gm daun kemangi/selasih

Sambal belacan:
100 gm cili merah
20 gm belacan [ dibakar wangi]
garam

Tumbuk cili merah bersama belacan hingga lumat.

Bahan utk kuah:
600 gm ikan selayang
1500 ml santan [1 biji kelapa]
50 gm gula melaka
60 gm kerisik
60 gm rempah gulai bunga rose
5 keping asam keping
80 ml minyak masak utk menumis
garam secukup rasa

Bahan mesin
100 gm cili
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas

Cara membuat:
1. Ikan di rebus kemudian dibuang tulang dan dikisar halus.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. masukkan santan, asam keping, isi ikan, garam, kerisik dan gula melaka.
4. masakkan kan sehingga kuah naik minyak dan sederhana pekat serta bangkit baunya.
5. Hidangkan laksa bersama kuah, ulaman dan sambal belacan

Friday, July 12, 2013

Valorie is here

Yay!  Package dari London dah sampai!



Saturday, July 6, 2013

Valorie oh Valorie

OMG! OMG!  Baru saja terbeli online Valories Evening Clutch in Multicolor.  Dah lama ku idam, baru kini ku beli...Ada 30% diskaun apalagi grab ajelah.  Tak sabarnya tak sabarnya menunggu package dari London sampai...))))




Monday, June 17, 2013

Pink Sakura



Sempat 3 hari 2 malam sahaja di Tokyo.  Alasan untuk kembali lagi ke sana.  Sungguh bertuah dapat melihat kecantikan sakura...Antara yang sempat dijengah, Asakusa, Harajuku, Shinjunku, Euno, Roponggi, Shibuya, Akihabara.  Tidak berkesempatan ke Gunung Fuji.  Namun tetap seronok berpeluang menaiki Shinkansen dari Osaka ke Tokyo.  Tiket berharga 11,500 yen sehala (Rm 300)


Cherry blossom at Euno Park, Tokyo.



Bilik hotel yang sangat kecil di Shibuya.  Namum WIFI speednya superb.  Lokasinya juga strategik, walking distance to Shibuya Station.  Walaubagaimanapun, agak mencabar juga mengangkut luggage menaiki tangga jejambat lintas ke hotel..  Phuh!  Terpaksa mengambil teksi ke Airport Haneda, hangus lah dalam RM200++, berbaloi kerana luggage dah beranak, dek shopping sakan., tak hengat.


The infamous Shibuya Intersection.  Banyak kali jugaklah, saja2 lintas.  Tempat paling strategik nak ambik gambar ialah kat Starbuck tu.  Terbanglah beribu-ribu yen beli kopi.  Tapi takpe, sebab sejuk, kopi panas dapat juga menghangatkan badan.



Sempat juga menjenguk Akihabara, bandar elektronik.  Hajat dihati nak beli latest X-box game Far Cry, tapi sayangnya tiada English version, Japanese only :(



Orang Malaysia, kalau tak jengah Hard Rock Cafe memang tak sah.  Ini HRC di Roponggi.  Satu lagi outlet di Euno.  Dua-dua pun kami jengah.


Asakusa.. boleh beli souvenir.  Harga lebih murah berbanding tempat lain di Tokyo

Sunday, June 16, 2013

Lempeng

Sudah sekian lama tidak berkunjung ke D'Cengkih, TTDI, tiba-tiba hari terasa nak ke sana.  Seronok tak terkira sekarang ada menu baru iatu lempeng pisang.  Di masak dan dihidangkan panas2 lagi.  Sedapnya.  Tak perlu lagi lah ke Restoran Haslam yang agak jauh dari rumah ku... Sila-sila.

O ya.. buat pengetahuan semua restoran ini menjual pelbagai kuih muih dan makanan Johor

Lempeng Pisang Panas

Pisang Goreng Paling Sedap



Pisang goreng paling sedap pernah ku jumpa ialah..di Sri Damasara
Keistimewaannya ialah pada tepungnya..ianya sungguh ranggup.  Pisang Abu yang dipilih pula sedang-sedang elok.  Kalau terlalu muda, rasanya kelat, kalau terlalu masak ranum, ianya akan jadi lembik dan menyerap minyak yang banyak.  Mesti cuba!


Alexis BSC



Lunch and birthday party at Alexis BSC


Mee Siam -@ RM23 - Sedap

Tiramisu Cake - Yummeh - ada rum @ RM11.00

Walnut Cake n Ice Cream @ RM11.00

Saturday, June 15, 2013

Yang Menarik di Ho Chi Minh City (6 - 9 June 2013)



  • Fakta Ringkas

  • Sejurus sebelum mendarat di Tan Son Nhat International Airport, Kapten mengumumkan suhu di Ho Chi Minh City, Vietnam mencecah 39 celcius.  
  • Phuh! Panasnya

      Bukan restoran ni ya...restoran berkenaan jual roti di lorong satu malaysia tu
  • Untuk sebuah negara yang dihuni oleh minoriti Islam, terdapat banyak restoran muslim disini. Tak payah risau untuk mendapat makanan halal.  Walaubagaiman
  • pun berhati-hati ada juga yang sanggup menipu demi keuntungan, restoran vietnam tapi ada logo halal.
  • Motosikal adalah nyawa Vietnam, digunakan untuk mengangkut apa saja.  Terdapat lebih kurang 5 juta motosikal berdaftar.  Sesiapa yang mempunyai Vespa dikira popular dikalangan gadis !! Setiap rumah mempunyai lebih dari sebuah.  Ada untuk ke pasar, ke pejabat dan berdating..hmmm.  Yang paling tak bestnya, kegunaan moto untuk menyamun.  Salah seorang dari ahli rombongan diragut Note II nya semasa sedang merakam gambar masjid.  Di nasihatkan supaya sentiasa berhati-hati.
              1. Kerbau pun boleh dibawa dengan moto


  • Pada dasarnya barangan di Vietnam bukanlah murah sangat, cuma barangan di Malaysia ni overpriced.  Baju kurung berharga RM55 bersesuaian dengan kualitinya.  Bila datang ke Malaysia dah jadi beratus ringgit.  Ridiculous!!  

Ole-ole dari Vietnam, telekung sulam tangan, kopi serbuk dan 3 in 1, baju kurung


  • Membeli belah di Pasar Ben Thant terasa macam di Malaysia.  Semua tawar menawar dalam bahasa melayu ..LOL!
  •  
    Lautan Topi di pasar borong Bin Thay, Chinatown
  • Dalam perjalanan ke Delta Mekong, terperasan ada pusara dibina atas sawah padi.  Menurut pemandu pelancong air merupakan laluan untuk roh ke alam kubur.  Menurutnya lagi kubur dibina sedari awal sebagai persiapan hari mati.  Tiada gambar bermakna kubur masih kosong.
  • Perkara lucu, adik beradik dalam keluarga vietnam di panggil mengikut turutan kelahiran, No.1, No.2 dan seterusnya.

Friday, June 14, 2013

The Last Mohican

15 June 2013... My bff is married now and my life would never be the same anymore.  I have a mixed feeling, I'm happy for bff and wish them a happy marriage but at the same time I feel sad.

Friday, April 5, 2013

Kobe

The 4th day in Japan, I went to Kobe, a port city. Kobe is one of the cities in Japan to be introduced to foreign culture. After the opening of the Port of Kobe, many Americans and Europeans came to Kobe, establishing a Foreigners' Settlement.

My travel course as per the travel guide book that comes with the Kansai Thru Pass.
So let's tour Kobe....

Keluar je dari Sannomiyo Stn (Hanshin Main Line) , terus pegi  info counter.
Untuk menjimatkan masa saya pilih City Loop untuk melawat kota Kobe.



Inilah rupa City Loop tu.  Beli day pass dalam bas.  Conductor bus merangkap tour guide dal am bas tersangatlah comelnya.  1 Day pass 650yen, tunjukkan kansai pass, dapat diskaun 50yen. ...je.


Tempat pertama yang saya pilih untuk dilawati ialah Kitano Ijikan.  Ini ialah  Foreigners's Settlement.  There are around 20 western-style residences built by the foreigners and preserved inn their original condition.
Moegi House means light green in Japanese.  Entrance fee Y200.





Can you see the whether cock?  That's where this German style house got its name from.    





MINT KOBE  shopping mall. Tak sempat pun nak jenguk. Jimat duit ku.







View of the city from the shrine.





The shrine....

Moegi House from side view








Shopping lagi...




Kobe Port Tower








Tuesday, April 2, 2013

Very Beautiful and Tranquil Nara

Hitting the dough real hard
Some really tough kueh

Many souvenir shops along this road




5 Stories Pagoda








Missions Accomplished in Kyoto

Ride on the romantic train
Tenryuji Temple, the most impressive temple in Arashiyama


Togetsukyo Bridge


Bonus: Beautiful Sakura Blossom
Visit Kiyomizu-dera Temple and capture it from this angle
Green tea ice cream @ Kodaiji Temple

Maruyama Park

Stroll along the bamboo groves