Masakan emak menyambut lebaran...kredit to blog Coretan dari Dapur , Noor Masri...Kutip resepinya dulu...bila dah mencubanya akan ku uploadkan photonya. Ini dia photonya..tapi resepi daging goreng kurma + jack fruit tu tidak termasuk dalam lauk2 untuk nasi minyak Ganu ni. Itu hubby's creativity, guna apa yang available dalam fridge tu. Pada kebiasaannya ada ayam masak merah. Acar nenas pulak, saya gunakan dates vinegar sebab dapur kitaorang ni diharamkan synthetic vinegar yang biasa digunakan kat Ganu tu.. tapi Ok je rasa, tak de beza pun.
Nasi Minyak Trg - Hidangan utk 5 org
Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
4 1/2 cawan air - jika guna beras lembut kurangkan air atau mengikut kesesuaian beras trsbt.
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil garam
pewarna kuning
2 helai daun pandan -disimpul
Bahan utk menumis:
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerin
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 in halia ]
3 ulas bawang merah] dimayang
1 ulas bawang putih]
Cara membuat:
Beras dicuci kemudian ditoskan
Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk. Masukkan bahan tumis
Goreng hingga naik bau/kekuningan
Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
Masukkan air dan susu
Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika
Kemudian gemburkan nasi guna garpu
Sedia dihidangkan bersama lauk pauk
Gulai Daging Bawang Goreng
Bahan-bahan:
1 kg daging lembu
2 sudu besar rempah gulai nasi minyak-kena beli kat Trg
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] kisar
1/2 in halia]
segengam bawang goreng - kena guna yg homemade klu yg kat kedai kurang wangi
1- 2 sudu besar susu manis - ikut citarasa, nak guna susu cair pun boleh tapi kena buh gula sket
1 sudu kecil sos tomato
3 ketul ubi kentang - ptong 4
sket kismisair secukupnya
Bahan tumis
2 in kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sket minyak
Cara membuat:
Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga wangi. Masukkan bahan kisar, kacau sehingga naik bau.
Masukkan rempah, bawang goreng yg diramas2 sket, sos tomato dan susu.
Masukkan daging. Renehkan seketika.
Masukkan air secukupnya (gulai ni takleh pekat sgt). Reneh sehingga daging empuk, masukkan kentang, kismis dan garam secukup rasa
Masakkan sehingga kentang empuk. Sedia utk dihidangkan
No comments:
Post a Comment