- Fakta Ringkas
- Sejurus sebelum mendarat di Tan Son Nhat International Airport, Kapten mengumumkan suhu di Ho Chi Minh City, Vietnam mencecah 39 celcius.
Phuh! Panasnya
- Untuk sebuah negara yang dihuni oleh minoriti Islam, terdapat banyak restoran muslim disini. Tak payah risau untuk mendapat makanan halal. Walaubagaiman
pun berhati-hati ada juga yang sanggup menipu demi keuntungan, restoran vietnam tapi ada logo halal.
- Motosikal adalah nyawa Vietnam, digunakan untuk mengangkut apa saja. Terdapat lebih kurang 5 juta motosikal berdaftar. Sesiapa yang mempunyai Vespa dikira popular dikalangan gadis !! Setiap rumah mempunyai lebih dari sebuah. Ada untuk ke pasar, ke pejabat dan berdating..hmmm. Yang paling tak bestnya, kegunaan moto untuk menyamun. Salah seorang dari ahli rombongan diragut Note II nya semasa sedang merakam gambar masjid. Di nasihatkan supaya sentiasa berhati-hati.
- Pada dasarnya barangan di Vietnam bukanlah murah sangat, cuma barangan di Malaysia ni overpriced. Baju kurung berharga RM55 bersesuaian dengan kualitinya. Bila datang ke Malaysia dah jadi beratus ringgit. Ridiculous!!
Ole-ole dari Vietnam, telekung sulam tangan, kopi serbuk dan 3 in 1, baju kurung |
- Membeli belah di Pasar Ben Thant terasa macam di Malaysia. Semua tawar menawar dalam bahasa melayu ..LOL!
- Dalam perjalanan ke Delta Mekong, terperasan ada pusara dibina atas sawah padi. Menurut pemandu pelancong air merupakan laluan untuk roh ke alam kubur. Menurutnya lagi kubur dibina sedari awal sebagai persiapan hari mati. Tiada gambar bermakna kubur masih kosong.
- Perkara lucu, adik beradik dalam keluarga vietnam di panggil mengikut turutan kelahiran, No.1, No.2 dan seterusnya.
Lautan Topi di pasar borong Bin Thay, Chinatown |
No comments:
Post a Comment