Monday, June 17, 2013

Pink Sakura



Sempat 3 hari 2 malam sahaja di Tokyo.  Alasan untuk kembali lagi ke sana.  Sungguh bertuah dapat melihat kecantikan sakura...Antara yang sempat dijengah, Asakusa, Harajuku, Shinjunku, Euno, Roponggi, Shibuya, Akihabara.  Tidak berkesempatan ke Gunung Fuji.  Namun tetap seronok berpeluang menaiki Shinkansen dari Osaka ke Tokyo.  Tiket berharga 11,500 yen sehala (Rm 300)


Cherry blossom at Euno Park, Tokyo.



Bilik hotel yang sangat kecil di Shibuya.  Namum WIFI speednya superb.  Lokasinya juga strategik, walking distance to Shibuya Station.  Walaubagaimanapun, agak mencabar juga mengangkut luggage menaiki tangga jejambat lintas ke hotel..  Phuh!  Terpaksa mengambil teksi ke Airport Haneda, hangus lah dalam RM200++, berbaloi kerana luggage dah beranak, dek shopping sakan., tak hengat.


The infamous Shibuya Intersection.  Banyak kali jugaklah, saja2 lintas.  Tempat paling strategik nak ambik gambar ialah kat Starbuck tu.  Terbanglah beribu-ribu yen beli kopi.  Tapi takpe, sebab sejuk, kopi panas dapat juga menghangatkan badan.



Sempat juga menjenguk Akihabara, bandar elektronik.  Hajat dihati nak beli latest X-box game Far Cry, tapi sayangnya tiada English version, Japanese only :(



Orang Malaysia, kalau tak jengah Hard Rock Cafe memang tak sah.  Ini HRC di Roponggi.  Satu lagi outlet di Euno.  Dua-dua pun kami jengah.


Asakusa.. boleh beli souvenir.  Harga lebih murah berbanding tempat lain di Tokyo

Sunday, June 16, 2013

Lempeng

Sudah sekian lama tidak berkunjung ke D'Cengkih, TTDI, tiba-tiba hari terasa nak ke sana.  Seronok tak terkira sekarang ada menu baru iatu lempeng pisang.  Di masak dan dihidangkan panas2 lagi.  Sedapnya.  Tak perlu lagi lah ke Restoran Haslam yang agak jauh dari rumah ku... Sila-sila.

O ya.. buat pengetahuan semua restoran ini menjual pelbagai kuih muih dan makanan Johor

Lempeng Pisang Panas

Pisang Goreng Paling Sedap



Pisang goreng paling sedap pernah ku jumpa ialah..di Sri Damasara
Keistimewaannya ialah pada tepungnya..ianya sungguh ranggup.  Pisang Abu yang dipilih pula sedang-sedang elok.  Kalau terlalu muda, rasanya kelat, kalau terlalu masak ranum, ianya akan jadi lembik dan menyerap minyak yang banyak.  Mesti cuba!


Alexis BSC



Lunch and birthday party at Alexis BSC


Mee Siam -@ RM23 - Sedap

Tiramisu Cake - Yummeh - ada rum @ RM11.00

Walnut Cake n Ice Cream @ RM11.00

Saturday, June 15, 2013

Yang Menarik di Ho Chi Minh City (6 - 9 June 2013)



  • Fakta Ringkas

  • Sejurus sebelum mendarat di Tan Son Nhat International Airport, Kapten mengumumkan suhu di Ho Chi Minh City, Vietnam mencecah 39 celcius.  
  • Phuh! Panasnya

      Bukan restoran ni ya...restoran berkenaan jual roti di lorong satu malaysia tu
  • Untuk sebuah negara yang dihuni oleh minoriti Islam, terdapat banyak restoran muslim disini. Tak payah risau untuk mendapat makanan halal.  Walaubagaiman
  • pun berhati-hati ada juga yang sanggup menipu demi keuntungan, restoran vietnam tapi ada logo halal.
  • Motosikal adalah nyawa Vietnam, digunakan untuk mengangkut apa saja.  Terdapat lebih kurang 5 juta motosikal berdaftar.  Sesiapa yang mempunyai Vespa dikira popular dikalangan gadis !! Setiap rumah mempunyai lebih dari sebuah.  Ada untuk ke pasar, ke pejabat dan berdating..hmmm.  Yang paling tak bestnya, kegunaan moto untuk menyamun.  Salah seorang dari ahli rombongan diragut Note II nya semasa sedang merakam gambar masjid.  Di nasihatkan supaya sentiasa berhati-hati.
              1. Kerbau pun boleh dibawa dengan moto


  • Pada dasarnya barangan di Vietnam bukanlah murah sangat, cuma barangan di Malaysia ni overpriced.  Baju kurung berharga RM55 bersesuaian dengan kualitinya.  Bila datang ke Malaysia dah jadi beratus ringgit.  Ridiculous!!  

Ole-ole dari Vietnam, telekung sulam tangan, kopi serbuk dan 3 in 1, baju kurung


  • Membeli belah di Pasar Ben Thant terasa macam di Malaysia.  Semua tawar menawar dalam bahasa melayu ..LOL!
  •  
    Lautan Topi di pasar borong Bin Thay, Chinatown
  • Dalam perjalanan ke Delta Mekong, terperasan ada pusara dibina atas sawah padi.  Menurut pemandu pelancong air merupakan laluan untuk roh ke alam kubur.  Menurutnya lagi kubur dibina sedari awal sebagai persiapan hari mati.  Tiada gambar bermakna kubur masih kosong.
  • Perkara lucu, adik beradik dalam keluarga vietnam di panggil mengikut turutan kelahiran, No.1, No.2 dan seterusnya.

Friday, June 14, 2013

The Last Mohican

15 June 2013... My bff is married now and my life would never be the same anymore.  I have a mixed feeling, I'm happy for bff and wish them a happy marriage but at the same time I feel sad.